Duit online

Friday, January 7, 2011

Rosyam: Saya Masih Layak Jadi Hero Kalau Ianya Sesuai!

Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 3 JAN 2011: Tidak kisah jika digelar sabagai hero tua, malah pelakon, pengarah dan penerbit, Rosyam Nor atau Mohd Noor Shamsuddin, 43, merasakan dirinya masih lagi layak untuk menjadi hero sesebuah drama asalkan ianya bersesuaian serta bertepatan dengan usianya kini.
Rosyam Nor mengakui hal tersebut ketika dia ditemui majlis sidang media pelancaran drama bersiri 40 episod terbitan Suhan Movies, Trilogi Cinta, yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Hulu Kelang baru-baru ini.
"Tidak semua drama dan filem terbitan saya menggunakan saya sebagai hero. Sebagi contoh drama bersiri Asmara, saya guna Shahz Jazle sebagai hero kerana ia mengisahkan seorang remaja yang sedang belajar di kolej dan dipaksa kahwin.

"Kalau saya yang jadi hero bagi drama tersebut saya rasa memang tidak sesuailah dan orang pun tidak akan setuju. Jadi apa yang boleh saya katakan saya hanya menjadi hero pada drama yang kena dengan jalan ceritanya sebagai contoh watak hero yang sudah berkahwin dan bekerjaya.
"Oleh itu, watak hero saya dalam drama Trilogi Cinta ini pula memang sangat sesuai dengan usia dan penampilan saya kerana ia mengisahkan seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak berhadapan dengan konflik rumah tangga," katanya kepada murai.com.my
Drama yang diadaptasi dari tiga buah novel hasil tulisan penulis terkenal, Sharifah Abu Salem itu telah mendapat garapan serta olahan hebat daripada Amie Mazia sebagai pengarah.
Menurut Rosyam menerusi drama Trilogi Cinta, dia yakin penonton akan dapat merasakan lebih emosi sebenar yang mahu ditonjolkan dalam gabungan tiga novel itu iaitu Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi.
"Asas dari tiga novel itu sama jalan ceritanya dengan drama ini cuma bezanya, penonton dapat melihat dan rasakan emosinya secara visual. Saya juga tidak mengikut seratus peratus dialog yang ada pada novel-novel itu kerana saya lebih suka menggunakan dialog yang berbeza mengikut kesesuaian setiap sitiuasi drama.
"Selain saya menggunakan dialog yang sedikit berbeza dan lebih mendalam maksudnya, cara lakonan dan adaptasi setiap pelakon juga berbeza. Jadi saya yakin pelakon-pelakon dalam drama ini sangat memainkan peranan penting untuk lebih menghidupkan jalan ceritanya dengan lebih menarik," katanya lagi.
Selain Rosyam Nor, drama yang mengisahkan cinta tiga segi ini telah dibintangi oleh beberapa barisan pelakon terkenal lain seperti Amyza Adnan, Fauziah Gous, Aida Khalida, Siti Fazurina dan ramai lagi.
Secara ringkas Trilogi Cinta mengisahkan tentang seorang suami, Razif (Rosyam Nor) yang berhadapan dengan masalah rumah tangga akibat daripada kecurangan isterinya, Salmi (Amyza Adnan). Selepas satu kemalangan menimpa Salmi dia lumpuh dan terus insaf. Razif bagaimanapun tetap menerima Salmi dan melupakan segala kisah silam Salmi.
Dalam pada yang sama, Razif sudah jatuh hati kepada pembantu rumahnya, Norjinah (Fauziah Gous) yang telah menjaga rumah tangganya serta anaknya sepanjang pemergian Salmi. Mereka berhadapan dengan cinta tiga segi apabila Norjinah juga menaruh hati terhadap Razif.
Apa kesudahannya? Saksikan Trilogi Cinta yang kini sudah mula menemui penonton sejak 2 Januari 2011 dan akan bersiaran di TV1 pada setiap hari Ahad dan Isnin, jam 10 malam.

Sumber : Murai.com

No comments:

Post a Comment