Duit online

Saturday, January 8, 2011

Penantian 33 Tahun Francissca Bikin Konsert Berakhir

 
Teks: zyzamani
Foto: Mazlan Yunos Photographer


KUALA LUMPUR, 7JAN 2011: Selama 33 tahun menyulam impian untuk tampil menghiburkan peminat menerusi konsert solo, hasrat dan impian penyanyi everygreen Francisssca Peter itu akhirnya terlaksana.
Bakal menghiburkan peminat menerusi 'Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter', Francissa atau lebih mesra dengan panggilan Frans, menganggap perkara tersebut umpama sebuah mimpi indah yang menjadi realiti.
"Saya gembira, berdebar dan teruja menantikan saat tersebut. Konsert tersebut satu mimpi indah yang akhirnya menjadi realiti. Dah lama saya menyimpan impian untuk tampil dengan sebuah konsert dan akhirnya saya dapat merealisasikannya sebelum saya menutup mata," katanya ketika ditemui selepas majlis sidang media konsert tersebut yang akan diadakan pada 5 dan 6 Februari 2011 ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Mengakui mengalami masalah yang sama dengan penyanyi yang lain iaitu ketiadaan penganjur antara penyebab penantiannya mengambil tempoh yang terlalu lama.
"Saya kecewa dengan sikap sesetengah penaja yang lebih menghargai artis luar berbanding tempatan. Mereka takut nak melabur kepada artis tempatan sebaliknya lebih tertarik kepada artis luar. Apabila saya sendiri menerima tawaran ini, saya mengaku sangat terkejut dan bagi saya ini satu keajaiban," jelasnya kepada murai.com.my.
Menganggap konsert tersebut amat istimewa sempena penglibatan ke-33 tahunnya dalam industri muzik, penyanyi berusia 50 tahun ini memberitahu bakal membahagikan persembahannya kepada lima segmen.
Malah simbolik angka ke-33 tahun penglibatannya dalam seni, kata Frans dia akan menyanyikan 33 buah lagu serta diiringi oleh 33 orang pemuzik dibawah pimpinan pengarah muzik Ramli MS.
Lebih menarik lagi, penyanyi yang popular dengan lagu Sekadar Di Pinggiran ini, bakal mendendangkan single baru ciptaan, Imran Ajmain berjudul Tidak Gementar Lagi.
"33 simbolik untuk usia pembabitan saya dalam industri muzik tempatan. Jadi kami sepakat menyanyikan 33 buah lagu sambil diiringi 33 pemuzik. Apa yang boleh saya janjikan ialah para peminat yang hadir pastinya tidak akan kecewa apabila datang menyaksikan konsert sulung saya ini. Paling istimewa apabila, mereka akan menjadi yang pertama mendengar single baru saya kelak," katanya yang kini sibuk menjalani latihan di gim untuk memastikan staminanya di pentas cemerlang.
Konsert yang dibawa oleh Eye Design ini turut menyaksikan pasangan duet Frans, Royston Sta Maria serta Imran Ajmain selaku penyanyi undangan. Malah pada konsert dua hari itu juga, peminat berpeluang memperolehi kompilasi kesemua album Frans dalam bentuk box set yang akan dijual pada harga RM 129 yang hanya dijual pada konsert tersebut sahaja.

SUMBER

No comments:

Post a Comment